Punca Kehilangan Pendengaran

anatomi_telinga
Dipengaruhi oleh pelbagai faktor iaitu:
Sebelum lahir 
a) Baka yang disebabkan oleh gen
b) Bukan baka
  • Jangkitan sebelum lahir seperti virus (rubella, demam glandular)
  • Semasa hamil si ibu mengambil dadah atau bahan kimia seperti kuanin
  • Toksemia pada peringkat kelahiran
Semasa lahir
a) Masa lahir yang terlalu lama atau susah menyebabkan tekanan pada telinga
b) Kelahiran tidak cukup bulan
c) Kecederaan semasa dilahirkan terutama pada bahagian telinga
Selepas lahir 
a) Kanak-kanak menghidap penyakit berjangkit yang disebabkan oleh bakteria dan virus
b) Kemalangan yang mencederakan bahagian telinga
c) Terdedah kepada bunyi yang terlalu kuat dalam jangka masa yang lama

Tahap Kehilangan Pendengaran

TAHAP KEHILANGAN PENDENGARAN

Tahap kehilangan pendengaran ialah:
1) Kurang pendengaran
a. Ringan (mild)
  • Tahap kehilangan pendengaran antara 27 – 40 dB
  • Memahami perbualan
  • Mengalami kesulitan mendengar bunyi-bunyi yang perlahan dan jauh
  • Memerlukan terapi pertuturan

b. Sederhana (Moderate)

  • Tahap kehilangan pendengaran antara 41 – 55 dB
  • Dapat mendengar bunyi setakat 1 – 1.5 meter daripadanya
  • Sukar melibatkan diri dalam perbincangan secara kelas
  • Memerlukan alat bantu dengar
  • Memerlukan terapi pertuturan
c. Sederhana teruk (moderate – severe)
  • Tahap kehilangan pendenngaran antara 56 – 70 dB
  • Memerlukan alat bantu dengar dan latihan pendengaran
  • Memerlukan latihan pertuturan dan komunikasi
  • Orang yang ingin berhubung dengan mereka perlu bercakap dengan kuat
2) Pekak
a. Teruk (severe)
  • Tahap kehilangan pendengaran antara 71 – 90 dB
  • Dapat mendengar bunyi pada jarak 0 ± 30.5 meter daripadanya
  • Menghadapi masalah pertuturan
  • Memerlukan alat bantu dengar dan latihan pertuturan dan komunikasi
b. Sangat Teruk (profound)
  • Tahap kehilangan pendengaran lebih daripada 90 dB
  • Sukar mendengar walaupun bunyi yang kuat
  • Memerlukan alat bantu dengar, terapi pertuturan dan komunikasi

Jenis Alat Bantu Pendengaran

Sepasang alat bantu pendengaran yang sesuai akan meningkatkan pendengaran seseorang. Memilih alat pendengaran adalah satu seni yang menggabungkan tahap kehilangan pendengaran, gaya hidup, keperluan dan juga kos.

Alat bantu pendengaran biasanya mempunyai beberapa stail berdasarkan penampilan. Ciri istimewa setiap stail diringkaskan seperti berikut:

Dipasang pada telinga (Open-Ear-Fitting/OEF)
Alat bantu pendengaran yang kecil disambungkan dengan wayar nipis dan penerima (receiver)yang mengarahkan bunyi ke dalam telinga.

– Selesa dan kecil
– Bunyi yang lebih semulajadi dan kurang tersumbat
– Penampilan yang bergaya dan berwarna-warni
– Sesuai untuk masalah pendengaran tahap ringan dan sederhana

oef

Di belakang telinga (Behind-The-Ear/ BTE)
Alat pendengaran ini berbentuk melengkung dan diletakkan di belakang setiap telinga. Bunyi disampaikan melalui tiub ke dalam saluran telinga.
– amplifikasi yang tinggi untuk membantu masalah pendengaran tahap ringan hingga tahap yang sangat teruk
– Saiz lebih besar dan mudah digunakan terutamanya bagi mereka yang menghadapi kesukaran mengendalikan objek kecil
– Jangka hayat bateri lebih lama

dte

Dalam telinga/Dalam saluran telinga (In-The-Ear (ITE) / In-The-Canal (ITC))
Dibuat dengan acuan telinga khas dan dipasang dengan selesa di bahagian luar telinga atau saluran telinga

– Menghalakan bunyi secara terus ke dalam telinga untuk  memastikan prestasi yang optimum
– Selamat dan selesa di bahagian luar telinga
– Mudah dikendalikan
– Sesuai untuk masalah pendengaran tahap sederhana ke tahap yang teruk

ite2

Dalam saluran telinga sepenuhnya (Completely-In-Canal (CIC)
Alat bantuan pendengaran kecil yang diletakkan dalam saluran telinga yang membolehkan bunyi terus masuk ke dalam telinga.

– Tersembunyi, sesuai untuk pelanggan yang mementingkan penampilan
– Simulasi cara bunyi masuk ke dalam telinga memberikan kualiti bunyi yang lebih semulajadi sound quality
– Sesuai untuk masalah pendengaran tahap ringan, sederhana dan teruk

cic

Pada masa dahulu, alat bantu pendengaran berfungsi dengan menguatkan bunyi, termasuk bunyi bising yang tidak diperlukan. Ini mengganggu pengguna dan menghalang mereka dari mengekalkan kehidupan yang lebih berkualiti melalui pendengaran yang lebih baik.

Kemunculan teknologi digital ialah fasa baru dalam kemajuan alat bantu pendengaran. Mikrofon pada alat tersebut menerima bunyi yang kemudiannya ditukarkan menjadi aliran eletrik. Aliran elektik ini akan dianalisa dengan serta merta. Hanya segmen frekuensi terpilih, mengikut tahap masalah pendengaran pengguna, akan ditukarkan kepada gelombang bunyi yang kuat. Teknologi ini meningkatkan kualiti bunyi dan pada masa yang sama menghapuskan gangguan bunyi. Selain itu, teknologi digital membolehkan alat bantu pendengaran bersaiz lebih kecil dan mempunyai pelbagai fungsi, menjadikannya lebih mesra-pengguna.

**Enjoy this video 🙂

 

 

Kepentingan Bahasa Isyarat

Dewasa ini,  bahasa isyarat digunakan untuk berkomunikasi di mana seseorang itu saling bertukar maklumat dan idea. Menurut Owen (1990) beliau telah menyatakan  komunikasi ialah proses  maklumat diterima dan saling memahami. Julia Jantan dan Siti Suhaila Samian (2007) , mereka menerangkan bahawa  masalah pendengaran merupakan kehilangan seluruh atau sebahagian kemampuan mendengar daripada satu atau kedua-dua belah telinga. Hal ini jelas menunjukkan komunikasi bukan sahaja menggunakan bahasa tetapi boleh juga terjadi melalui gesture (tanda isyarat), gerak badan, eye contact dan ekspresi muka yang sesuai digunakan khas bagi mereka yang mempunyai masalah pendengaran untuk berkomunikasi.

Antara kepentingan bahasa isyarat dalam komunikasi ialah membantu pelajar bermasalah pendengaran menguasai bahasa yang digunakan untuk berkomunikasi. Berdasarkan kajian yang telah dilakukan sebanyak 90 % pelajar bermasalah pendengaran mengalami proses perkembangan berkomunikasi yang terbantut. Salah satu ciri pelajar yang bermasalah pendengaran ialah kurang melibatkan diri dalam aktiviti perbincangan. Hal ini demikian kerana pelajar ini mengalami simptom penguasaan bahasa komunikasi yang tidak jelas apabila masyarakat sekeliling menggunakan bahasa lisan. Keadaan ini menyukarkan mereka untuk memahami isi kandungan topik perbincangan yang dibincangkan. Akibatnya, pelajar ini akan mengalihkan perhatian mereka dengan  berangan dan tidak menumpukan perhatian sepenuhnya terhadap perbincangan tersebut. Oleh itu, penguasaan bahasa isyarat dalam komunikasi bagi pelajar yang bermasalah pendengaran dapat membantu proses perkembangan bahasa komunikasi mereka secara lebih responsif dan konsisten.

Selain daripada itu, komunikasi menggunakan bahasa isyarat dapat mengembangkan keupayaan mental pelajar bermasalah pendengaran. Perkara ini dapat dibuktikan melalui banyak kajian tentang pengguna bahasa isyarat ataupun pelajar bermasalah pendengaran adalah lebih hebat dalam perkembangan dan memanipulasi mental. Sebagai contoh,  Mark Marschark, yang juga merupakan seorang penyelidik di Rochester Institute of Technology for the Deaf, telah menyatakan bahawa pelajar bermasalah pendengaran dapat membayangkan huruf “N” dan memusingkan sebanyak 90 darjah lebih cepat berbanding dengan orang yang normal. Hal ini jelas menunjukkan bahawa kepentingan bahasa isyarat bukan sahaja bertumpu kepada komunikasi semata- mata tetapi meningkatkan kapasiti mental mereka.

Kepentingan bahasa isyarat dalam komunikasi pelajar yang bermasalah pendengaran boleh meningkatkan interaksi sosial antara pelajar dengan masyarakat sekeliling. Pelajar bermasalah pendengaran boleh meningkatkan perhubungan dengan berkawan dengan orang yang senasib menggunakan bahasa isyarat untuk berkomunikasi dalam komunitinya. Contohnya di negara Malaysia, Bahasa Isyarat Malaysia (BIM) digunakan dan diterima oleh orang pekak Malaysia secara meluas. Hal ini terjadi kerana orang pekak mampu membincangkan isu-isu yang timbul, bergurau senda, memudahkan komunikasi dan memberi pemahaman yang baik anatara satu sama lain. Seterusnya, bahasa isyarat lebih mudah dipelajari dan digunakan sebagai bahasa komunikasi kerana pelajar boleh menggunakannya pada kedudukan jarak jauh untuk berinteraksi dengan kawan dan keluarga mereka. Oleh yang demikian kepentingan bahasa isyarat ialah dapat membentuk satu perhubungan sosial pelajar bermasalah pendengaran bagi mengawal masalah mereka yang seringkali disisihkan  oleh masyarakat.

 

Bahasa Isyarat

Secara umumnya, kanak-kanak yang bermasalah pendengaran menggunakan bahasa isyarat untuk berkomunikasi di antara satu sama lain. Kod Bahasa Tangan adalah sangat penting untuk mereka berkomunikasi.


**abjad

images (14)
**nombor

Bahasa isyarat menurut catatan Greek bahasa isyarat telah mula digunakan oleh orang pekak atau bermasalah pendengaran mulai 422 S.M. ( Bremmer et al.1996 ). Sehubungan itu, bahasa isyarat digunakan sebagai bahasa komunikasi dan pembelajaran khususnya kepada pelajar yang bermasalah pendengaran. Di Malaysia, kebanyakan pelajar yang bermasalah pendengaran berkomunikasi menggunakan bahasa isyarat Kod Tangan Bahasa Melayu (KTBM) . Penggunaan bahasa isyarat sebagai bahasa komunikasi telah memberi kesan yang mendalam kepada kehidupan individu yang pekak dalam perkara yang berkaitan dengan kebahasaan (Abdullah 2004 ; Goh & The 1993;Moores 1982). Hal ini menunjukkan bahawa pelajar yang bermasalah pendengaran menggunakan bahasa isyarat yang berfungsi untuk meningkatkan kemahiran berbahasa mereka.

Menurut kamus dewan edisi kelima, bahasa isyarat ialah cara berkomunikasi yang tidak menggunakan ucapan atau lisan tetapi menggunakan gerak isyarat anggota badan manusia. Komunikasi bahasa isyarat menggabungkan bentuk tangan, orentasi dan pergerakan tangan, lengan, badan, dan ekspresi muka untuk proses penerimaan atau penyampaian. Di samping itu, komunikasi bahasa isyarat merupakan satu kaedah komunikasi yang menggunakan simbol tanpa suara atau dikenali sebagai “non-verbal communication”. Setiap simbol yang digunakan mempunyai makna tertentu dan boleh difahami oleh kedua-dua pihak iaitu penutur dan penerima. Justeru, penggunaan komunikasi bahasa isyarat amat penting kepada pelajar yang bermasalah pendengaran untuk berkomunikasi dengan orang di sekeliling mereka.

Dalam pada itu, penggunaan bahasa isyarat dalam komunikasi kepada pelajar yang bermasalah pendengaran adalah disebabkan ianya lebih mudah difahami melalui proses pembelajaran secara berperingkat. Pada waktu yang sama, pelajar yang bermasalah pendengaran perlu diterokai ciri-ciri dan perubahan yang berlaku kesan daripada penggunaan bahasa isyarat dalam komunikasi mereka. Hal ini bertujuan untuk menjelaskan tentang kepentingan bahasa isyarat dalam komunikasi pelajar yang bermasalah pendengaran. Oleh itu, pelajar yang bermasalah pendengaran dijadikan sebagai kayu ukur terhadap kepentingan bahasa isyarat dalam komunikasi sebagai medium  atau alat bagi pelajar ini untuk berkomunikasi.